Sunday, 12 April 2015

10 Punca Suami Tidak Puas Seks

Selalunya golongan yang disebut-sebut tidak puas dalam hubungan seksual ini adalah para suami. Namun kalangan lelaki yang menghadapi ketidakpuasan seksual ini jarang pula mahu meluahkan masalah yang dihadapi. Sehingga kadangkala menimbulkan keraguan pada si isteri. Bagaimanapun masalah ini tidak boleh diketepikan oleh isteri kerana ketidakpuasan seks suami boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga. Berikut adalah senarai faktor yang menyebabkan ketidakpuasan lelaki dalam hubungan seks sekaligus menjadi punca keretakan sesebuah perkahwinan.



1. Terlalu cepat mengambil keputusan berkahwin :
Keadaan ini akan menyebabkan si lelaki kurang bersedia menjalani liku-liku hidup berumahtangga. Sekiranya mendirikan perkahwinan pada usia yang masih muda tidak mustahil mereka masih belum matang terhadap masalah rumahtangga & juga masalah seksual yang dihadapinya. Justeru minat terhadap seks akan menurun & rumahtangga mula goyah.

2. Kurangnya pengetahuan tentang masalah seksual :
Walaupun mungkin sudah bertahun-tahun berumahtangga namun ada lelaki yang tidak mengetahui tentang masalah seksual yang dihadapinya. Ia dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan sehingga akhirnya membawa kepada ketidakpuasan isteri pula. Dari sinilah hubungan suami isteri akan berasa dingin.

3. Tertarik pada fizikal isteri semata-mata :
Wajah pasangan yang cantik atau tubuh badan yang menarik tidak akan menjamin kebahagiaan sesebuah perkahwinan. Sebaliknya cara layanan isteri terhadap suamilah yang akan memastikan kebahagiaan rumahtangga apatah lagi jika si isteri pandai melayan nafsu seks pasangannya. Sekiranya penampilan fizikal saja yang cantik namun sifat serta karakter isteri sebaliknya maka ia turut memberi kesan pada hasrat seks suami.

4. Sifat dominan pasangan dalam rumahtangga :
Isteri yang dominan, garang, tegas atau dengan kata lain "queen control" membuat lelaki merasa terkongkong & tak bebas. Akhirnya dia akan mencari kepuasan di luar rumah & caranya mungkin tidak betul seperti berfoya-foya bersama wanita.

5. Hasrat ditolak isteri :
Ketika suami menginginkan hubungan seksual, isteri pula menolak atas pelbagai alasan. Sekiranya lelaki menginginkan seks pada waktunya tapi hasratnya tidak dipenuhi, maka akan timbul idea untuk mencari kepuasan di tempat lain selain isterinya. Walaupun hanya dilakukan sekali namun ia pasti akan menggoyahkan rumahtangga jika diketahui oleh pasangan.

6. Sikap kaku pasangan :
Isteri dituntut untuk lebih bersedia & kreatif terhadap masalah seks jika ingin mahu pasangan bertahan dalam perkahwinan. Lelaki sangat menyukai jika pasangannya tak bersikap kaku dalam menangani masalah seksual mahupun ketika menjalani hubungan seksual itu sendiri.

7. Isteri bersikap kasar :
Wanita sinonim dengan kelembutan. Itulah yang dicari oleh seorang suami terhadap isterinya. Sekiranya isterinya bersikap kasar sepanjang masa, maka ada suami yang mulai bosan akan mencari kelembutan yang tidak didapati daripada isteri melalui wanita lain di luar rumah.

8. Berkahwin kerana nafsu :
Perkahwinan yang hanya dibayangi oleh nafsu berahi semata-mata tidak akan mampu bertahan. Ikatan perkahwinan akan longgar jika aspek lain dalam perkahwinan tiada antara pasangan seperti kasih sayang, kepercayaan & sebagainya.

9. Fantasi seksual tidak diperoleh :
Lelaki mempunyai fantasi seksnya sendiri & kadang-kadang fantasi tersebut berlebihan. Bila isteri tidak dapat memenuhi fantasi seks tersebut mereka mulai merasa pasangannya tidak sesuai dengan apa yang menjadi fantasinya selama ini. Ini membuat hubungan rumahtangga berada di ambang kehancuran.

10. Sikap ego & nafsu yang terlalu tinggi :
Sikap ego yang tinggi begitu juga nafsu seks turut menjadi penyebab masalah seks dalam rumahtangga. Suami akan merasa selalu puas dalam hubungan seksualnya. Ini juga menjadi punca lelaki mencari kepuasan seksual di luar rumah.

Ada segelintir mencari produk-produk bagj mempertingkatkan hubungan intim ini, cuba Vitamin Cinta Suami Isteri manatahu boleh membantu hangatkan lagi cinta romantis suami isteri :) 

Credit To : Majalah Wanita (April 2014)


1 comment: