Wednesday, 29 April 2015

Perut Sakit Seolah-olah Kontraksi|Selepas Bersalin

Hai mama,selamat berpantang bagi yang menjalani tempoh berpantang :) salam sayang & big hugs untuk baby comel mama olls ya ^^
Baca tajuk,komfem mami olls pelik atau tertanya-tanya apa tu sakit perut lepas bersalin yang terasa macam sakit kontraksi nak bersalin tu.. Terasa macam ada baby masih kat dalam! Wow! Kalau yang belom ada experience tu,memang ngeri kan kenapa perut camtu. Fikir lah ada baby tertinggal ke apa? Isshhh. Macam macam fikir haha..
Baring tak selesa, lebih2 lagi bila time breastfeeding baby and nak tidur. Komfem terasa macam nak beranak!  Saya mengalami situasi macam ni sejak bersalin anak ke-2 dan ke-3. Dalam 3hari macam tu, perut rasa krem ja and sakitnya macam tengah ada baby sedang mengeras tu. Sakit memang tak tertahan tauu.
Saya fikir ja sendiri secara logik,"ohh,keras macam ni ada kot darah beku belum cair kat dalam.. Cuba kerapkan minum air panas" then saya try la apa yang patut saya buat. Dan,saya p tampal "koyok" tu kat bawah perut untuk memanaskan perut dan keselesaan. Tak tahu apa tu koyok?
Haaa. Ni lah dipanggil koyok. Sesuai sangat masa kita sakit kepala,sakit kat mana mana bahgian badan,memang lega bila tampal ni. So, saya terasa lah macam banyak cecair dari miss V selepas tampal ni. Means,darah beku tu cair. So,perut memang rasa selesa.

Sakit perut ni dipanggil RENGAT. Ia adalah proses oengecutan rahim kita semakin kecil, tu la jadi sakit tu.. Lebih lebih lagi kalau semasa kita bagi baby breastfeed. So,secara traditional,boleh amalkan proses bertungku atau tuam botol panas ke bahagian perut... Amalkan minum air yang panas selalu sepanjang seminggu awal pada fasa selepas melahirkan bayi supaya darah2 beku kita cepat keluar dan dicairkan. Ini adalah perkara normal,so jangan panik kalau ibu mengalami rengat :)

Sekian,selamat beristirehat ibu! Sebarang nasihat selepas bersalim,boleh hubungi saya :)

WhatsApp 014-6547647 

No comments:

Post a Comment