Nutrisi pos-natal(selepas bersalin)adalah mengenai pemulihan, penyembuhan dan membantu anda mengatasi efek selepas pelahiran. Meredakan keradangan & menghalang jangkitan di bahagian peranakan adalah prioritinya malah ia mrlegakan kesakitan,memudahkan pergerakkan usus dan pengaliran susu boleh dibantu dengan makanan yang mempunyai nutrien.
Makanan yang berkualiti dan baik dapat memberikan tenaga dan mood serta menyediakan anda nutrien-nutrien anti-depresi yang penting seperti zink,vitamin -vitamin B dan magnesium. Jika anda menyusu badan,ia adalah amat penting kerana semasa anda menyusukan bayi anda,anda perlu sihat dan bayi anda juga memerlukan nutrien-nutrien untuk membesar. Penghasilan susu memerlukan sekurang-kurangnya 500 kalori tambahan dalam sehari dan ia perlu diperolehi daripada makanan yang mempunyai kandungan nutrien yang banyak.
Lentil
Makanan "panas" seperti Lentil membantu ibu baru mengurangkan berat badan mereka secara selamat. Ia memberikan tenaga berpanjangan bila mana makanan yang terlarang tidak harus diambil.
Apabila pulih daripada bersalin dan semasa menyusu,memberikan keutamaan dalam mendapatkan tenaga bagi kedua-dua proses tersebut adalah lebih penting daripada sibuk untuk mengurangkan berat badan. Vitamin B,zink,serta, karbohidrat kompleks dan protein di dalam lentil membenarkan tenaga dilepaskan secara efisien yang mana ia memberikan keseimbangan gula darah. Kandungan zink di dalam lentil juga cepat menyembuhkan luka dan memberikan imuniti. Zat besi dan folat(asid folik) dapat membantu mengekalkan peredaran darah bayi. Magnesium dan fokat di dalam lentil juga diperlukan untuk fungsi otak dan saraf.
⚫Pakej nutrisi padat yang menyumbang tenaga berpanjangan untuk penyembuhan,pemulihan, dan penghasilan susu badan.
⚫Bekalan tenaga yang konsisten yang dilepaskan secara perlahan bagi mengelakkan rasa mengidam terhadap makanan bergula dengan kandungan nutrien yang rendah.
⚫Mengandungi zink bagi sistem imun untuk menyokong dan menyembuh.
⚫Mengandungi zat besi dan folat untuk darah bayi.
⚫Mengandungi magnesium dan folat bagi perkembangan sistem saraf bayi.
Tips Praktikal ▶
Seorang ibu menyusu yang cenderung mengalami masalah angin(gas dalam perut) selepas memakan lentil juga ajan memberi kesan kepada bayi. Lentil boleh dihadam dengan mudah jika direndam semalaman. Buang air yang direndan kerana ia mengandungi kanji sebelum oa dimasak.
Tahukah anda?
Lentil mengandungi mineral selenium yang merupakan antioksidan pelindung dan penyahtoksidan,yang mana selenium adalah salah satu daripada beberapa nutrien di dalam susu ibu yang mana ia bergantung kepada pengambilan diet ibu. kebanyakkan nutrien akan diambil terus daripada tubuh ibu okeh bayi mereka.
Kandungan Utama Nutrien Bagi 100g Lentil
Kalori-353
Jumlah Lemak-1.06g
Protein-25.8g
Karbohidrat-60.08g
Serat-30.5g
Vitamin B1-0.87g
Vitamin B2-0.21g
Vitamin B3-2.61g
Vitamin B5-2.14g
Vitamin B6-0.54g
Folat-479mcg
Magnesium -122mg
Zat Besi-7.54mg
Mangan-1.33mg
Selenium -8.3mcg
Zink-4.78mg
♥RESIPI Casserole Lentil Dan Sayur-sayuran ♥
Bahan-bahan:
-3 kuntum bunga cengkih
-Sebiji bawang besar
-200g lentil/kacang hijau
-Sehelai daun bay
-1.5liter stok sayur-sayuran
-2batang daun bawang
-2biji kentang,dipotong dadu
-2biji karot,dicincang
-3biji labu kecil,dicincang
-Sebatang saderi,dicincang
-Sebiji cili benggala
-1sudu besar jus lemon
-Serbuk lada hitam
Cara Membuat:
1.Panaskan ketihar. Masukkan cengkih dan bawang(tanpa dipotong). Masukkan lentil di dalam casserole besar,tambahkan daun bay dan tuangkan stok. Tutup dan masak di dalam ketuhar selama 1jam.
2. Keluarkan bawang dan cengkih. Potonf bawang dan masukkan sayur-sayuran ke dalam casserole. Kacau dan tambahkan Serbuk lada hitam. Tutup dan bakar selama 1jam. Keluarkan daun bay. Perahkan lemon.[Hidang!]
Selamat Mencuba ibu ibu :)
No comments:
Post a Comment