Monday, 1 May 2017

Panduan Ibu Hamil Berpuasa Dengan Sihat

Secara amnya, pemakanan para ibu mengandung yang inginkan puasa sunat tidak banyak beza. Pengambilan makanan berkhasiat yang memenuhi keperluan zat makanan dalam kuantiti yang bersesuaian secara seimbang disertakan pengambilan suplemen zat besi, folik asid, vitamin C serta garam galian amat diperlukan diteruskan seperti biasa. Bezanya cuna cara dan tempoh pengambilan makanan-makanan tersebut kepada waktu iftar sehinggalah selesai waktu bersahur.


Gizi makanan perlulah seimbang menurut saranan piramid makanan dimana sebahagian besar (50%) terdiri daripada karbohidrat, 30% protein pembina tubuh dan selebihnya 20% lemak . Pengambilan air perlu dititikberatkan memandangkan para ibu mudah terdedah kepada risiko ternyahhidrasi dalam cuaca negara kita yang kini panas. Para ibu perlu mengambil sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Beberapa tip dan amalan sihat ketika berpuasa ibu boleh amalkan: 

1. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari.

2. Perbanyakkan makanan pemberi tenaga seperti kekacang,tamar dan sebagainya.

3. Aturkan jadual harian anda agar dapat mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas bagi mengelakkan ternyahhidrasi.

4. Kurangkan aktiviti berjalan jauh,membawa barangan berat ataupun melakukan terlalu banyak aktivit bagi mengelakkan terlampau penat.

5. Rancangkan aktiviti harian agar dapat banyak berehat sambil memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran dan sebagainya.

6. Penggemar kafein seperti kopi dinasihatkan mengehadkan pengambilan minuman berkafein bagi memgelakkan sakit kepala.

7. Elakkan mengambil makanan terlalu manis semasa iftar kerana paras gula yang naik mendadak tidak baik untuk kesihatan kandungan.

8. Para ibu dengan komplikasi kencing manis ketika mengandung dinasihatkan agar meneruskan penjagaan diet.

9. Perbanyakkan makanan pemberi tenaga secara berterusan seperti tamar, kekacang,oat,kentang dan bijirin.

10. Ambil protein (ikan,ayam,daging atau telur) secara konsisten bagi pertumbuhan bayi.

11. Buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat bagi mengelakkan sembelit.

12. Susu bagi sumber kalsium dan juga protein.

13. Suplemen-suplemen zat besi, kalsium dan sebagainya mengikut saranan doktor.

Sekiranya mengalami tanda-tanda berikut, wanita hamil dinasihatkab berbuka puasa :
▪ Rasa pening,kepala berpusing,gelap mata atau pitam yang tidak berkurangan dengan merehatkan diri. 

▪ Rasa teramat letih dan lesu.

▪ Rasa loya yang keterlaluan atau muntah.

▪ Kesakitan pada bahagian perut seperti ketegangan dan memulas-mulas ; dikhuatiri mengalami kontraksi pramatang.

▪ Rasa haus yang terlampau disertau kelesuan dan air kencing keruh dan pekat ; dikhuatiri ternyahhidrasi

▪ Pergerakkan janin kurang(bagi usia kandungan melebihi 30 minggu).  

Wanita mengandubg yang sihat tubuh badannya dan tiada sebarang komplikasi kehamilan boleh berpuasa selagi keadaan kesihatannya mengizinkan.

Disini saya sertakan sedikit info mengenai suplemen yang sangat membantu ibu hamil semasa hamil dan berpuasa agar mendapat kesihatan, tenaga yang baik dan menyokong perkembangan bayi dalam kandungan.


Set Ibu Hamil Berpuasa Shaklee

Pertanyaan lanjut, sila hubungi saya melalui 
WhatsApp
014-654 7647
Sheliyena Sam

Pengedar Shaklee Malaysia 

No comments:

Post a Comment