Monday, 6 July 2015

Tips Bayi Comel Tidur Lena

Salam sejahtera pembaca & penimba ilmu untuk jadi mama & papa terbaik! Masalah bayi sukar tidur lebih lama atau dikatakan tidak lena memang memeningkan kepala mama! Bahkan susah mama nak buat kerja rumah,masak bagai.
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips tidurkan bayi lebih lena & penuh kasih sayang ibu bapa... 

Baby Noah umur sebulan lebih zZZ

Urutan :
Urutan untuk si comel amat digalakkan terutamanya selepas si comel mandi! Urut bayi dengan perlahan,lembut & santai agar si bayi dapat merasakan sentuhan oleh si ibu & mereka merasa rileks, minda pun sihat. Lebih sesuai & terasa hangat yang lembut sekiranya ibu menggunakan Anakku Baby Oil tu.. Tak panas & friendly to baby's skin!  

Mendodoikan Anak Dengan Penuh Kasih sayang :
Dakaplah si anak dengan penuh kasih sayang, dodoikan secara lembut & yang penting keikhlasan si ibu atau si ayah waktu menidurkan si anak ketika itu. Jangan terbawa-bawa perasaan kelam kabut,stress kepada si anak,ini akan menimbulkan ketidakselesaan kepada si anak untuk tidur yang baik. 

Gosok & Tepuk Perlahan:
Si comel lebih suka ditepuk di belakangnya dengan lembut & perlahan atau gosok(usap) perutnya secara lembut disertakan sedikit nyanyian khas kanak-kanak agar tidur mereka direntakkan irama musik yang mengasyikkan tidur mereka.

Bedung atau balut kemas :
Sesetengah kalangan bayi suka sejurus selepas mandi & urutan kasih sayang dibalut atau dibedung ketat kerana keadaan seperti ini memberi keselesaan mereka dimana mereka meras hangat seperti dalam pelukan/dakapan si ibu. Tapi,janganlah bedung/balut bayi ketika cuaca panas terik! Bayi akan rimas juga. 

Mandikan si comel :
Ya! Bayi pun boleh terasa mereka tidak selesa sekiranya lewat masa untuk dimandikan atau tidak dimandikan! Macam baby Noah saya tu,masuk ja besen mandi,habis air mandi ditepuk tepuk kuat! Happy sangat kalau berendam tu haha :D

Kekal Positif & Relaks :
Semestinya! Ibu ibu,elakkan berfikiran " kenapalah ko tak nak tido ni... Stresslah mama. Banyak lagi kerja nak dibuat!!" opps!  Mama, bila tekanan tengok si anak belum nak tidur,atau kejap-kejap dah bangun balik.. Mak aiii T_T merana si mama! Try tenang dan santai... Dodoikan perlahan-lahan,beri sesuatu mainan yang menarik perhatiannya untuk dilihat/ditenung,lama kelamaan pasti TIDUR NYENYAK! So,keep positive :) 

Selamat Mendodoikan si comel :) 

Sekian dari saya,
selenasam91 

No comments:

Post a Comment