Thursday, 9 July 2015

11 Rahsia Kekal Langsing Musim Perayaan

Salam sejahtera semua :)
Eh wah eh wah,berbunga dah Hati tu mengira hari puasa dah dekat nak habis bakal menjelma Hari Raya Aidilfitri 2015 hehe.. Ahh, tak sabar nak pakai baju lawa-lawa,berkunjung rumah ke rumah menikmati hidangan Aidilfitri istimewa selepas sebulan berpuasa. Siapa tak seronok kan? Tapi,berwaspada lah ketika menjamu atau sebelum menjamu tu nanti tak pasal-pasal naik berat badan hihi.
JOM selenasam91 kongsikan beberapa tips sihat dan sangat digalakkan untuk kita amal nanti :


1. ALAS PERUT SEBELUM KELUAR BERAYA
⚫Sarapan yang sihat dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan protein seperti telur dan kacang Akan membuatkan anda tidakmakan terlalu banyak pada tengah hari & petang. Ia juga akan membantu anda mengawal diri apabila berhadapan dengan makanan yang tinggi kalori.
⚫Mulakanlah Hari Perayaan anda dengan minuman yang sihat & menyegarkan seperti jus buah-buahan atau aor putih terlebih dahulu untuk mengelakkan diri anda makan secara berlebihan nanti.

2.ELAK MAKAN BERLEBIHAN
⚫WOW! Perayaan saja sudah kita tahu apa menu yang lazat bakal dihidangkan seperti bersantan,bergoreng dan berlemak! Oops! Ambil lah saiz pemakanan secara kecil,kalau ada sayur dan buah,digalakkan mengambil sayuran & buahan lebih daripada daging-daging. Ini akan membantu anda mengambil makanan sihat & seimbang ketika menikmati jamuan di perayaan. Nanti tak pasal-pasal naik berat badan selepas sebulan berpuasa hihi

3. PILIH MAKANAN DENGAN TEPAT
⚫Kebanyakkan jenis makanan bakal dihidangkan berasaskan tinggi kalori,karbohidrat & lemak. Jadi,elakkan mengambil makanan yang berlemak seperti rendang,ambillah daging atau ayam tanpa kulit. Pilihlah makanan yang tidak bergoreng seperti rebus,panggang atau kukus.

4. HIDANGKAN MENU SIHAT
⚫Meriahkan lagi jamuan anda dengan makanan sihat seperti sup bersayuran,sup ikan atau kentang rebus. Selain itu,hidangkan salad juga. Ini mampu membuat anda lebih sihat & terkawal nafsu makan itu.

5. BANYAK MINUM AIR PUTIH
⚫Daripada kita minum air berkarbonat, air manis ketika perayaan ini, eloklah kita mengambil air putih seperti yang disarankan 8 cawan/hari. Sebab apa? Air putih  sangat penting untuk proses pembakaran lemak tau. So,jangan abaikan!

6. SEDIKIT TAPI KERAP
⚫Jangan lupa, cara makan sehari 4-5 kali sehari tetapi dengan saiz yang kecil adalah lebih sihat daripada makan 3 kali sehari tetapi dengan sekali makan berbukit-bukit nasi & lauk pauk! Ini biasa terjadi dimana ia menyebabkan faktor naik berat badan secara mendadak. Ambil lah makanan secara sikit, tetapi 4-5 kali sehari, ingat elak lemak dan bergoreng berlebihan!

7. ELAK MAKAN LEWAT
⚫Jangan sesekali meninggalkan sarapan anda! Ia amat penting bagi memulakan diet harian anda kerana makan sarapan dengam mengambil tinggi protein,roti gandum atau oat akan membuat anda kekal kenyang dan ia sangat bantu anda kawal nafsu seharian.

8.JAUHKAN DIRI DARI MEJA
⚫Haha! Sudah semestinya selagi badan duduk berhadap dengan meja makan ni,membuatkan mata tak henti-henti ingin menikmati segalanya diatas meja itu! Duduk lah jauh dari pandangan meja,atau berhadapan dengan meja,maka terkawal juga nafsu makan tu :D

9. SIBUKKAN DIRI
⚫Selain daripada teringin sangat nak layan nafsu makan itu ini,elok lah mengelakkan diri dan cuba sibukkan diri dengan berbual bersama sanak saudara yang lama dah tak berjumpa, atau mengisi waktu sibuk dengan mengambil gambar bersama.

10. MAKAN SECARA PERLAHAN
⚫Nama juga musim perayaan,berkunjung rumah ke rumah,menikmati pelbagai hidangan sudah semestinya utama! Hehe, kunyahlah makanan dan makan secara perlahan-lahan,ini amat membantu anda kerana ini akan membuatkan anda terasa kenyang lebih cepat berbanding makan secara gelojoh & pantas ;terjadilah buncit perut & akan mengambil makanan secara berlebihan dan tidak terkawal!

11. MINUM TEH HIJAU
⚫Minum teh hijau  sedikit dapat membantu kesihatan,sekali gus menghalang makan berlebihan. Justeru itu,ia amat kaya dengan antioksidan dan faedah mempercepatkan metabolisma.

Salam Hari Raya! Bergembiralah seseronok yang mampu di musim perayaan ini, tapi jangan lupa akan kesihatan juga ya. Pastikan ambil makanan sihat,makan mengikut masa,minum air putih & elak makan banyak.  Nanti cirit birit atau mengalami simptom sakit perut dimana perut banyak gas bila anda makan berlebihan.

Salam Maaf & Zahir Batin,
Selena Sam 
Kota Kinabalu Sabah 

No comments:

Post a Comment