Salam sejahtera semua :) Macam mana aktiviti raya korang? Best tak? Mana tak bestnya,menjamu selera dan berkunjung rumah ke rumah kan.. Sumbat ja segala makanan hehe.. Tapi, bab bab makanan ni saya memang mencari masakan Daging hitam tiap kali Raya menjelang. Dah terbiasa,dulu kat Miri aunty saya selalu ja masak Daging Hitam, memang perrrgghhh sedappp dia sekali dengan nasi pulut kuning pepagi Raya tuuu!
Memandangkan tak setiap tahun boleh merasakan masakan tu,saya mulakan fikiran positif: Masak sendiri hahaha well,ini bukan professional chef! Ni baru first-time mahu try!
Jom saya kongsikan sedikit resipi ala Sarawak nih hehe..
Memandangkan tak setiap tahun boleh merasakan masakan tu,saya mulakan fikiran positif: Masak sendiri hahaha well,ini bukan professional chef! Ni baru first-time mahu try!
Jom saya kongsikan sedikit resipi ala Sarawak nih hehe..
Yummehh! Memang terliur :D
Bahan Perap & dikisar :
10biji Lada Kering (yang besar,kalau lada yang kecil kerinting tu agak pedas so boleh kurangkan)
1-2 biji Bawang Besar
5 biji Bawang Merah
2 biji Bawang Putih
2-3 tangkai Serai [dihiris]
** Selepas selesai dihiris, kisarkan hingga halus**
Penyediaan Daging :
500-1kg Daging yang dipotong nipis supaya senang masak & cepat lembut
Penyediaan Perap Daging:
Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi bersama Daging. Letak kicap pekat manis & gaulkan bersama Lada Hitam dalam campuran perapan tadi.
Biarkan seketika sebelum proses memasak.
Bahan Tumisan :
4 Ramuan Rempah Tumis Sekawan
(Kayu manis,bunga lawang, bunga cengkih)
3-5 Bawang Merah (diketuk)
2 Bawang Putih (diketuk)
1 Sudu Kecil Jintan Manis
1 Sudu Kecil Jintan Putih
2 Sudu Kecil Serbuk Ketumbar
1 Sudu Kecil Rempah Kurma
Kicap Pekat Manis(Ditambah mengikut kepekatan dan cair /pekat kuah daging dimasak nanti)
Sedikit Air Asam Jawa
** Garam secukup rasa semasa Daging semakin lembut dimasak **
Cara Masak :
1) Tuangkan minyak masak ke dalam kuali dalam 4x sudu makan. Tumiskan bahan tumisan tadi sehingga baunya naik dan warnanya menjadi kuning emas.
2) Masukkan daging yang sudah diperap tadi dan gaul hingga rata.
3) Masukkan air asam jawa tadi. Tambahkan air sedikit demi sedikit ke dalam daging. Boleh tambah kicap pekat untuk kepekatan hitam daging.
4) Setelah naik bau daging itu,masukkan garam secukup rasa.
5) Pantau kuah daging untuk elak hangus,kurang kuah,dan kepekatan kuah daging tersebut hingga selesai masak.
Nota: Gaulkan dan pantau cair dan kepekatan kuah daging tersebut. Proses memasak daging ini kira kira 40-45minit.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment