Sebahagian daripada 70% wanita hamil akan mengalami morning sickness seperti loya,muntah pada waktu-waktu tertentu sepanjang tempoh kehamilan. Lazimnya,ia bermula pada minggu keempat hingga kelapan dan boleh berterusan sehingga minggu ke-16 kehamilan.
Sukar bagi seorang ibu hamil melalui proses morning sickness ini terutama berkenaan dengan makanan. Kebanyakkan ibu morning sickness selalunya kurang selera dalam pengambilan makanan.
Sukar bagi seorang ibu hamil melalui proses morning sickness ini terutama berkenaan dengan makanan. Kebanyakkan ibu morning sickness selalunya kurang selera dalam pengambilan makanan.
Tips Asas kurangkan morning sickness
⚫Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan dengan banyak kerana ia akan menyebabkan anda mual.
⚫Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat bagi membantu menghilangkan rasa mual seperti roti dan kentang.
⚫Hindari makanan berlemak,berminyak,pedas kerana ia akan memburukkan lagi gejala morning sickness.
⚫Makan buah epal kerana ini boleh menghilangkan rasa mual. Anda juga boleh minum jus epal yang ditambah dengan sedikit madu.
⚫Minum banyak air yang banyak walaupun sering muntah. Minum air masak atau jus buah-buahan segar. Hal ini penting bagi memastikan tubuh mendapat air secukupnya. Hindari minuman berkarbonat atau berkafein seperti kopi dan teh.
⚫Amalkan minuman halia kerana ia diakui secara tradisi boleh mengatasi rasa mual.
⚫Jangan terus bangun secara tiba-tiba daripada tidur terutamanya pada waktu pagi. Anda harus duduk terlebih dahulu untuk menstabilkan tubuh sebelum bangun secara perlahan-lahan.
⚫Pakai baju longgar dan tidak ketat bagi mengurangkan rasa mual. Ketahuilah,baju yang ketat ini akan menekan bahagian perut dan menimbulkan masalah loya biasa anda alami.
Selamat beristirehat mama :)
Semoga tips ini berguna untuk morning sickness ibu ibu
No comments:
Post a Comment