Friday, 14 August 2015

15 Strategi Galakkan Adik Membaca

Hobi membaca ini memang sukar ingin dipraktikkan dalam golongan kanak-kanak. Tapi ramai ibu bapa ingin anak mereka menguasi PANDAI MEMBACA sebelum melangkah umur 7tahun(Darjah Satu)
Praktiskan si kecil papa dan mama dengan tips galakkan seperti dibawah :

1. Panduan Pilih Buku
Jangan layan kalau anak pilih buku berdasarkan rupa muka depan! Untuk permulaan si adik,cuba pilih buku yang bersesuai mengikut umur mereka seperti suku kata. Ini akan memudahkan mama dan papa bagi mengenalkan cara ejaan dan sebutan dengan mudah.

2. KAEDAH
Mama papa boleh guna kaedah samada kaedah fonetik. Kaedah fonetik menggunakan bunyi-bunyian suku kata memudahkan adik faham dan menguasai kemahiran mengeja.

3. LATIH TUBI SETIAP HARI
Buatkan jadual atau tetapkan masa untuk latih tubi. Setiap sesi latih tubi membaca biasanya akan mengambil masa 30min hingga sejam. Contohnya, 8.30pagi hingga 9.30pagi atau 8malam hingga 9malam.

4. RENDAHKAN JANGKAAN
Jangan terlalu berharap bahawa mereka boleh menguasai pembacaan dalam masa yang singkat. Mereka memerlukan masa untuk memoerkembangkan ilmu bacaan mereka. Jangan memberi tekanan kepada mereka hingga Mereka stress.

5. PUJIAN,MOTIVASI DAN GANJARAN
Haa! Part ni budak komfem suka.  Bagi lah mereka seikhlas pujian sekiranya mereka telah melakukan yang sebaik mungkin mereka cuba. Ini akan memberi semangat lebih lagi untuk memupuk ilmu membaca semasa demi semasa.

6.DALAM KERETA
Riang-riakan suasana semasa perjalanan dengan belajar bersama membaca nombor plate kereta/kenderaan disekeliling. Atau tanda-tanda di jalanraya.

7.KETEPIKAN TV
Pujuk anak anda dengan membaca buku cerita yang mempunyai pelbagai corak dan warna supaya mereka "dipulau" dari menonton TV terutamanya waktu malam.

8. LABEL LABEL LABEL
Warnaikan suasana anak anda dengan membuat aktiviti melabelkan beberapa objek. Ini membantu memberangsangkan otak untuk mengeja sesuatu sebelum label.

9.SECARA RAWAK
Bawa balik bahan bacaan dari keratan akhbar,kad ucapan atau apa jua bahan bacaan yang mudah didapati disekitar anda.

10. KE PASAR RAYA
Ajak adik baca tanda-tanda dan label di pasar raya. Balik rumah,ketika anda menyusun barangan yang dibeli adalah satu lagi masa yang baik untuk anak anda membaca label.

11.CONTOH KEPADA ANAK
Mama dan papa perlu menunjukkan contoh. Jika mahu anak anda gemar membaca,maka anda juga perlu sentiasa membaca jadilah contoh terbaik dengan membaca selalu ke mana juga.

12.UTAMAKAN BUKU
Jadikan buku sebagai agenda Utama dalam kehidupan seharian. Jadikan ia sebagai hadiah si kecil atas pencapaianvyang ditunjukkan seperti menang mewarna,atau duduk di tempat pertama-ketiga di dalam kelas.

13. BACA RESIPI
Bawa anak baca resipi sajian sebelum memasak.  Ia melatih anak anda dalam membaca sambil belajar serba sedikit tentang cara memasak.

14. PEK BERSAMA BEKAL
Mama boleh saja membekalkan sebuah buku cerita yang kecil dan ringkas bersama bekal makanan si kecil sebelum menunggu bas sekolah. Jadi,anak anda akan memanfaatkan masa dengan membaca sambil menunggu

15. MELIHAT DAN MENDENGAR
Penat dah membaca? Mama dan papa boleh dengar cerita secara audio. Sambil mendengar sambil mempraktikkan anak kecil anda membaca!


Pupuk ilmu membaca dikalangan anak anak anda dari kecil.

Amin..
Semoga anak kita pandai membaca dengan lancar.

No comments:

Post a Comment