Wednesday, 15 April 2015

A-Z Teknik Simpan Susu Ibu

Susu ibu mengandungi sel hidup. Oleh sebab itulah,susu ibu perahan perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah.

Bekas Susu 
Pilih bekas yang disteril & boleh ditutup dengan rapat.
Bekas kaca & plastik adalah pilihan lebih baik untuk membolehkan anda menyimpan susu ibu perahan untuk tempoh yang lama.




Bekas Plastik: Pastikan ia tebal atau bahagian luarnya diperbuat daripada nilon.
Bekas Kaca sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu ibu kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalamnya. Pilihan ke-2 terbaik adalah bekas plastik yang keras dan mempunyai penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
Penggunaan bekas yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana dibimbangkan sebahagian pewarnanya boleh luntur dan meresapu susu ibu.
NOTA: Pastikan setiap bekas telah dibersihkan,disterilkan dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Ketahanan Susu Ibu 
Susu ibu boleh bertahan selama 4jam pada suhu bilik(tidak melebihi 25 Celsius).
-Tahan 3 hingga 5hari di dalam peti ais bersuhu 4celcius atau lebih rendah. Digalakkan tidak menyimpan melebihi 24jam.
-Peti sejuk beku -20celcius yang tidak mempunyai kitar nyah beku,susu ibu boleh bertahan 6 hingga 12bukan. Disarankan hanya menyimpan untuk tempoh to 3-6bulan jika peti sejuk tidak diset melebihi negatif 18 darjah Celsius. 
-Susu yang dialihkan daripada peti sejuk beku ke peti sejuk boleh disimpan sehingga 24jam sahaja.
-Simpan susu ibu di belakang peti sejuk beku,jauh dari pintu kerana jika ianya dihadapan, kualiti susu ibu mudah terjejas dengan perubahan suhu sewaktu anda membuka dan menutup peti sejuk.
-Anda boleh mencampurkan susu yang baru diperah dengan susu beku hikawia didinginkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya sejam dan jumlahnya kurang daripada jumlah susu yang telah beku.
-Buat peraturan bahawa susu yang disimpan di bahagian bawah peti sejuj adalah untuk bekalan bayi sepanjang anda bekerja keesokan hari. Manakala susu yang disimoan di bahagian beku merupakan stok perahan susu ibu.
Susu segar mengandungi lebih banyak ciri perlindungan berbanding susu beku. Jadi,anda perlu menyediakan 69% susu segar dan 40% susu beku daripada jumlah stok susu ibu perahan yang diperlukan oleh bayi sepanjang anda meninggalkannya di bawab jagaan pengasuh atau taska.

Anda perlu sentiasa melabel sjsu mengikut tarikh dan masa susu diperah.Kemudian gunakan susu yang mula diperah terlebih dahulu. 

Labelkan nama anda di bekas susu ibu sekiranya anak anda dijaga oleh pengasuh atau taska agar bekas penyimpanan susu ibu anda tidak bercampur dengan bekas kanak-kanak lain.
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk sekali penyusuan untuk satu bekas. Contohnya 2-4oz sahaja bagi setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

Susu Dipanaskan; Tempoh,basi atau tidak 
Susu ibu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam tempoh satu atau hingga dua jam. Jika bayi tidak menghabiskan dalam tempoh tersebut,ia perlu dibuang.

Susu perahan dikatakan basi jika bau dan rasanya masam seperti santan basi.

Jangan sesekali memanaskan susu melebihi suhu 40 darjah celcius agar sebahagian besar nutrien susu dapat dibekalkan.

Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sama juga halnya bagi susu yang sudab dipanaskan.

Jangan isi penuh bekas penyimpanan susu ibu. Tinggalkan sedikit ruang bagi memudahkan susu mengembang ketika ia dalam proses pembekuan.

Susu ibu hendaklah disejukkan jika ia belum mahu diguankan dalam tempoh masa empat jam selepas diperah.

Jika anda menggunakan beg pendingin untuk menyimpan susu ibu ketika di tempat kerja,pastikam ais pek yang digunakan mencukupi. Sebaik-baiknya kurangkan kekerapan membuka beg berkenaan.

Anda tidak digalakkan untuk membekukan susu ketika berada di tempat kerja kerana ia perlu kekal beku sebelum anda memasukkannya ke dalam peti sejuk beku apabila tiba di rumah.

Jika stok susu ibu perahan melebihi tempoh hayat simpanan,jangan sesekali berasa sayang untuk membuangnya.

Selamat Menyusukan bayi!
Sekiranya ibu mempunyai sebarang masalah penyusuan,boleh hubungi saya melalui WhatsApp ke 014-6547647.

No comments:

Post a Comment