"Tahniah puan,anda telah mengandung 7minggu". Wow! Pasti terasa keseronokkan dan riak wajah seorang wanita bakal bergelar ibu nanti,khabar yang menggembirakan bakal ayah dan ahli keluarga yang lain.
Bermula saat itu,anda harus menjaga kehamilan dengan baik supaya bebas daripada komplikasi dan berpeluang menimang cahaya mata yang sihat! Disini,saya ingin kongsikan senarai tips untuk ibu baru merasai kehamilan ini pada trimester pertama.
1] Cari Maklumat
Dapatkan informasi sebanyak mungkin tentang apa yang perlu anda lalui daripada trimestef pertama hingga trimester akhir kehamilan. Anda perlu lakukannya bagi mendapat Maklumat penting agar dapat menjalani kehamilan yang sihat. Dapatkannya melalui buku,majalah,surat khabar,televisyen,Internet & lain-lain.
2] Jaga Dehidrasi
Di trimester pertama,anda sering mual dan muntah hibgga menyebabkan dehidrasi. Oleh itu,banyakkan minum air kosong,susu atau jus buah-buahan segar. Malah,minuman yang diambil secukupnya, dapat membantu anda mengatasi masalah sembelit yang mungkin dihadapi.
3] Makan Secara Sihat
Anda tidak perlu makan untuk dua orang! Keperluan tenaga tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan. Ia hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan terakhir iaitu sekitar 200kalori sehari. Pastikam diet anda mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran,sekurang-kurangnya lima hidangan sehari. Sediakan sarapan berasaskan karbohidrat seperti roti,pasta dan nasi. Sebaik-baiknya jenis bijiran penuh supaga anda mendapat serat mencukupi. Jangan lupa protein seperti ikan, daging,telur,dan susu serta produk tenusu setiap Hari.
4] Elak Penyebab Muntah
Hindari pelbagai jenis bau-bauan yang kurang menyenangkan. Dengan itu, ia dapat menghindarkan anda daripada rasa mual. Biasakan juga diri untuk memberus gigi selepas makan. Untuk menghindarkan rasa mual, bangun Secara perlahan-lahan daripada keadaan berbaring. Jangan dilakukan decara spontan. Antara lain, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
5] Ikuti Pemeriksaan Antenatal
Ketika hamil,kesihatan diri amda dan bayi perlu diutamakan. Atas sebab ini, anda perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12 bagi membantu doktor memantau keadaan anda dan perkembangan bayi.
6] Makan Ikan
Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia,berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi di peringkat akhir kehamilan. Hal ini kerana ikan berminyak mengandungi protein, mineral,vitamin D dan asid lemak omega-3. Anda digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin dua kali seminggu. Anda juga boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.
7] Bersenam Selalu
Bersenam boleh menimbulkan keceriaan dan membantu anda menangkis kemurungan semasa hamil. Pakar perubatan menyatakan senaman mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina yang membantu mengawal emosi dan perasaan. Senaman yang sesuai untuk wanita hamil adalah seperti berjalan,berenang dan aerobik air.
8] Senaman Pelvis
Sejak daripada awal kehamilan, digalakkan untuk mengamalkan senaman lantai pelvis yang bermanfaat ketika proses kelahiran. Malah ia juga baik untuk diri anda selepas melahirkan nanti. Anda digalakkan untuk melakukannya 3x sehari.
9] Kurangkan Kafein
Penyelidik berpendapat terlalu banyak kafein yang diambil semasa hamil boleh menyumbang kepada risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau meningkatkan risiko keguguran. Dicadangkan anda hanya minum sua cawan kopi atau empat cawan teh sehari untuk mengelakkan bayi terjejas dengan kesannya. Sebaik-baiknya beralih kepada kopi tanpa kafein,teh,atau jus buah-buahan segar. Alternatif lain ialah minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau.

Selamat Membaca ibu-ibu comel :)
Ingin mendapat sebarang konsultansi berkenaan masalah ketika hamil,semasa berpantang atau ingin hamil,boleh hubungi saya seperti berikut :
Whatsapp
SMS
Wechat
-0146547647-
Atau
Emel ke
selena.rysha09@gmail.com
Dapatkan set kesihatan ibu sepanjang hamil atau semasa berpantang Shaklee dari saya.
No comments:
Post a Comment