Wednesday, 21 May 2014

Penyakit Vitiligo

Penyakit SOPAK dalam bahasa perubatan di gelar
sebagai VITILIGO.

Ia merupakan sejenis masalah kulit yang membuatkan
penghidapnya mempunyai kulit bertompok. Dalam
masyarakat melayu ada kalanya ia di kenali sebagai
sopak.

Penyanyi terkenal iaitu Michael Jackson semasa
hayatnya menderita kerana masalah vitiligo. Vitiligo
menjadikan kulitnya putih sehingga beliau terpaksa
melakukan rawatan berulang-ulang.

Terdapat banyak jenis vitiligo. Ada vitiligo menyerang
sehingga kening dan rambut turut gugur atau menjadi
putih. Ada jenis vitiligo yang menyerang tubuh badan
manakala ada yang mencerahkan kulit muka.
Menurut kajian terkini masalah ini menyerang 3 peratus
populasi. Ini bermakna dalam 100 orang
TIGA daripadanya mengidap vitiligo.

Vitiligo ialah penyakit yang digelar sebagai autoimmune
atau auto antibody di mana ia di sebabkan oleh
antibody tubuh pesakit itu sendiri yang membunuh sel-
sel warna pada kulit atau pun di sebut sebagai
melanosit.

Punca kehadiran antibody ini besar kemungkinan
daripada factor genetic. Dalam kes penyebaran antibody
melalui factor genetic ini besar kemungkinan ibubapa
atau datuk mempunyai DNA yang rosak.
Namun tak kurang juga mereka yang mendapat penyakit
ini di sebabkan toksin luar yang masuk kedalam badan.
Saya bertemu rohaya yang mendapat masalah vitiligo
selepas mencuba produk kosmetik. Semasa di tingkatan
lima dia mula berjinak-jinak dengan produk memutihkan
kulit. Selepas dua minggu menggunakan produk itu dia
dapati kulitnya menjadi bertompok-tompok putih. Kesan
vitiligo Nampak jelas pada hidung dan atas bibirnya.
Sebagai penuntut IPTA, Rohaya merasa rendah diri
dengan keadaannya dan cuba sedaya upaya menutup
dengan kosmetik. Menurutnya masalah vitiligo
membuatnya enggan bergaul dengan kawan kawan. Ke
mana saja dia pergi dia berasa seolah-olah di
perhatikan. Meskipun menutup dengan kosmetik dia
masih merasakan sesuatu kekurangan pada dirinya.

Ahmad Shah mendapat vitiligo setelah pulang dari
berkhemah di hutan.Dia asalnya tercedera di pipi
apabila sebatang pokok kecil dengan daun berduri
terkena muka.Akibat daun berduri dia mengalami luka di
pipi, pada awalnya kulit muka gatal-gatal dan menjadi
kemerah-merahan. Namun seminggu kemudian dia
dapati kesan tompok putih mula kelihatan. Luka yang
sedikit menimbulkan vitiligo yang semakin lama
semakin besar. Besar kemungkinan dalam kes seperti
ini balar atau vitiligo di timbulkan oleh toksin dalam
kosmetik dan daun dari pokok berduri, ia mencetus
tindakan antibody yang akhirnya merosakkan sel-sel
melanosit.
Sesetengah penyakit tidak mengancamnya namun ia
merosakkan sebuah kehidupan. Itulah yang terjadi
kepada pengidap vitiligo yang malu di lihat dengan
wajah atau kulit yang berbelang-belang. Bagi mereka
yang berkulit putih mungkin masalah vitiligo kurang
ketara namun bagi mereka yang berkulit gelap ianya
menjadi sesuatu yang memalukan .Trauma pengidap
vitiligo sukar di hadapi , ia bukan saja mengganggu
pengidap namun juga ibu-bapa mereka kerana bagi
orang ramai vitiligo di anggap sebagai penyakit
ganjil. Dalam masyarakat kita penyakit ini di takuti
bahkan ramai yang merasakan ia ialah satu penyakit
berjangkit. Dalam rawatan vitiligo, kaedah terbaik ialah
dengan menggunakan cahaya ultra ungu dan ia
mengambil masa sehingga enam bulan bagi
penyembuhannya. Terdapat juga pil bagi mengurangkan
pembentukan antibody . Beberapa pakar turut
mencadangkan kaedah bulla grafting iaitu menanam
sel-sel melanosit kekawasan yang putih,dan mendapat
kejayaan yang agak tinggi. Sokongan moral dan
rawatan berterusan amat di perlukan bagi pengidap
vitiligo.ia merupakan rawatan yang lama dan
memerlukan komitment tinggi pada pengidapnya.
Balar atau A lbino tidak sama dengan vitiligo. Albino
terhasil kerana factor keturunan atau genetic. Dalam kes
ini DNA yang mengsintesis warna pada kulit langsung
tidak ada. Kerana itu mereka mempunyai kulit dan
rambut yang putih. Bahkan mata mereka juga
mempunyai pigmen yang sangat sedikit yang
menjadikan mereka rabun.

No comments:

Post a Comment