Saturday, 20 May 2017

5 Tip Jadikan "playroom" Anak Ceria & Kreatif

Memiliki dan membina sebuah sudut playroom untuk kanak-kanak di dalam rumah adalah sesuatu yang menarik bagi ibu bapa dan kanak-kanak. Salah satu adalah untuk mewujudkan suasana persekitaran tempat bermain yang ceria, memperkembangan daya pemikiran yang kreatif dan selamat.


Beberapa tip dibawah ini boleh membantu mama & papa membina sudut ceria anak-anak :

1. KESELEMATAN DIUTAMAKAN
Seperti yang kita biasa tahu, kita perlu menyediakan alatan yang selamat dan tidak membahayakan kanak-kanak seperti tempat penyimpanan mainan hendaklah yang lembut contoh kotak atau bakul yang sesuai.

Tidak menggunakan barangan yang kecil untuk menghias bagi elak anak-anak akan mengambil dan makan objek tersebut.


2. GUNA DINDING KHAS
Anak-anak banyak menghasilkan contengan,lukisan pada kertas betul tak mama? Jangan dibuang. Malah, mama boleh menampal hasil anak-anak pada papan hiasan di dinding yang menggunakan papan gabus atau polistrin.

Nampak menarik dan kanak-kanak akan terasa mereka begitu kreatif dan hasil karya mereka adalah unik.

3. PEMILIHAN WARNA YANG SESUAI

Mengikut kajian penyelidikan perkembangan kanak-kanak, warna berkait sama dengan emosi seseorang kanak-kanak.
Jadi, mama boleh pilih mainan, alat-alatan yang berwarna terang serta berwarna warni. Ini boleh membantu mewujudkan keceriaan kanak-kanak dalam playroom mereka.

4. MINAT ANAK MAMA PAPA
Bagi mewujudkan suasana menarik, mama papa perlu tahu apa minat anak mereka sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda suka membaca , maka papa mama perlu menyediakan lebih banyak bahan bacaan untuk minat anak. Kalau suka melukis, sediakan alatan mewarna dan lain-lain yang berkaitan. 

Ini akan membantu menarik anak mempelajari sesuatu tanpa paksaan papa mama itu sendiri.

Nampak lebih ceria bukan ?


5. BAJET DIAMBIL KIRA 
Tidak semestinya papa dan mama perlu mengeluarkan bajet yang tinggi bagi membina sudut playroom untuk anak-anak. 

Papa mama boleh menggunakan semula barang-barangan yang terpakai dalam menghasilkan sudut ceria kanak-kanak itu sendiri. Seperti kotak terpakai, bekas-bekas lama atau yang tidak diguna lagi serta lain-lain. 

Penggunaan bajet yang sedikit adalah lebih baik dan pilihan bijak bagi papa mama!


Sekian sahaja tip perkongsian dari saya, selamat mencuba ! :)



No comments:

Post a Comment