Wednesday, 23 September 2015

Bahaya Garam Untuk Bayi & Kanak-Kanak

Tidak perlu menambah perisa iaitu garam ke dalam makanan bayi anda. Bayi hanya memerlukan kuantiti garam yang sangat kecil: Kurang dari 1g (0.4g) sehari hingga mereka berusia 12bulan.
Buah pinggang bayi anda tidak dapat menampung lebih daripada jumlah ini.

Sebelum bayi anda berusia 6bulan,dia akan mendapat kesemua sodium dari penyusuan ibu atau susu formula.


Mulanya bayi anda makan makanan pepejal, tidak perlu menambahkan garam ke dalam makanan bayi yang dimasak di rumah,atau makanan komersial, walaupun anda merasa makanan itu terasa tawar.

Kanak-kanak juga hanya memerlukan sedikit jumlah sodium.  Selepas ulang tahun setahun bayi anda, rekomen harian untuk pengambilan maksima garam hanya berjumlah 2g (0.8g sodium) sehingga dia berusia 3 tahun. 

Berhati-hati untuk tidak memberi bayi dan kanak-kanak makanan segera yang terus boleh dimakan terutamanya tidak untuk bayi. Makanan dewasa seperti cereals atau pasta adalah tinggi garam. 

Makanan komersial seperti bijirin bayi dan makanan balang mengandungi kandungan garam yang rendah. Seperti tiada garam tambahan ketika makanan tersebut diproses. 

Adalah penting untuk tidak keliru berkenan dengan makanan bayi,makanan kanak-kanak kecil (toddler) dan kanak-kanak dewasa(children).  Kerana makanan proses untuk kanak-kanak kecil & kanak-kanak dewasa mengandungi kandungan garam yang tinggi.  Jadi,bayi tidak digalakkan mengambil makanan tersebut. 


Jangan memberi bayi anda makanan yang telah diproses mengandungi kandungan garam yang tinggi, seperti :-


  • Makanan kanak-kanak & dewasa yang "ready-made"
  • Pai
  • Biskut
  • Keropok
  • Sup
  • Kuah
  • Dendeng babi
  • Sos
  • Pizza
  • Kerepek
  • Kerepek

Berikan bayi anda pemakanan yang sihat serta rendah garam seperti :-
Makanan yang sihat,memberi tubuh badan kesihatan yang optimum!

Tiada bezanya samada sayur-sayuran atau buah-buahan bayi anda ialah segar,tin,atau beku selagi ia tiada tambahan garam atau gula. Tetapi terdapat sesetengah sayur-sayuran tin ditambah garam,jadi ibu perlu cek label makanan pada tin.

Nasi dan pasta kering memgandungi kandungan garam yang rendah,disarankan agar tidak menambah garam dalam air masakan.

Biasakan diri anda dengan melihat label pada makanan sebelum membeli. Ini akan menjadi habit para ibu bapa untuk memilih pemakanan yang sihat untuk anak.

Selamat mendapat ilmu :) 


No comments:

Post a Comment