Memandangkan bayi comel masih begitu kecil serta sistem imun mereka belum berkembang sepenuhnya, jadi kebersihan adalah penting bagi bayi kerana mereka mudah dijangkiti penyakit & jangkitan bakteria berbanding kanak-kanak dewasa dan orang dewasa. Kebersihan botol susu bayi adalah penting dan utama.
Membersihkan Botol :
Botol susu, penutup, puting dan pekakas bayi yang lain yang disediakan untuk menyusu perlu dibersihkan selepas sahaja diguna.
- Secepat yang mungkin selesai bayi menyusu,botol,puting dan penutup perlu segera dicuci dengan air panas yang bersabun.
- Guna berus botol khas untuk mencuci botol bayi,pastikan dicuci bersih susu yang kering di dalam botol dan puting botol tersebut.
- Setelah selesai dicuci, bilaskan pekakas bayi itu dengan air yang bersih dan biarkan ia dikeringkan.
- Letakkan botol bersih,puting dan penutup dalam mangkuk yang besar di belakang pembakar dapur.
- Tambahkan air yang cukup,pastikan memenuhi kesemua peralatan dalam mangkuk besar tadi dan pastikan tiada buih udara.
- Panaskan air, dan rebus dengan pantas selama 5minis.
- Tutup dapur gas, dan biarkan air itu turun panasnya.
- Cuci tangan anda dengan bersih sebelum anda menyelesaikan peralatan tersebut, pastikan permukaan dimana anda hendak meletakkan peralatan menyusu tadi adalah bersih dan bebas kuman.
- Ambil peralatan menyusu dari periuk rebusan tadi,dan buang air lebihan dalam peralatan.
- Sekiranya anda tidak terus menggunakan peralatan tersebut, masukkan penutup dan puting pada botol,masukkan dalam kontena dan simpan dalam peri sejuk.
- Rebuskan semula botol tersebut sekiranya tidak digunakan dalam masa 24jam.
- Ada beberapa perbezaan cara mensteril --- Ikuti arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengilang.
- Pastikan botol,puting,penutup dan mangkuk/periuk sebelum digunakan adalah bersih.
- Pastikan botol dan puting menghadap ke bawah ketika proses mensteril.
- Ikut arahan penambahan air dengan unit dan pastikan ia hidup.
- Tinggalkan botol dalam steril hingga ianya diperlukan.
- Sekiranya anda tidak terus menggunakannya, periksa arahan seberapa lama anda boleh biarkan botol dalam steril sehingga anda perlu mensterilkan semula.
Jenis pembersihan ini adalah penting untuk menghapuskan semua kesan susu atau formula ditinggalkan di dalam botol, tetapi ia tidak memastikan bahawa peralatan menyusu benar-benar bebas kuman...
Mensteril Botol :
Mensteril botol adalah proses membunuh kuman yang berbahaya berpaut pada permukaan botol dan lain-lain peralatan menyusu.
Adalah baik untuk mensteril botol-botol bayi sebelum ia digunakan, sekurang-kurangnya dalam masa 12bulan pertama umur bayi tersebut. Kaedah ini digunakan samada anda memberi bayi dari susu formula ataupun air susu badan yang dipam dan dimasukkan ke dalam botol susu bayi.
Bagaimana cara untuk mensteril peralatan menyusu bayi?
Ada beberapa cara untuk mensteril peralatan menyusu bayi seperti botol,puting,tutup botol serta peralatan bayi yang lain.
Mendidihkan
Cara mendidihkan adalah dengan meningkatkan suhu yang tinggi untuk memusnahkan kuman & bakteria yang tertinggal selepas botol/peralatan dicuci.
Wap( Microwave, Electric Microwave)
Lebih kepada merebus,proses wap(steaming) meningkatkan suhu tinggi yang cukup untuk membunuh bakteria.
Tips Keselamatan :
-Pastikan anda tidak membiarkan peralatan ketika steril/rebus sendirian dan jauhkan kanak-kanak daripada tempat tersebut.
-HATI HATI! Wap(Steam) boleh melecurkan anda seperti air panas yang direbus.
-Sering pastikan tangan anda bersih dan telah dicuci sebelum anda menyelesaikan peralatan menyusu bayi.
Tips Dibawakan & Dikongsikan oleh,
Selena Sam
Owner of: Tips Keluarga Sihat & Ceria
No comments:
Post a Comment