Mengalami kesakitan di bahagian lutut bukanlah indah. Sebab ia menganggu pergerakkan sendi kita semasa berdiri,berjalan,duduk dan apabila cuba untuk bangun dari tempat duduk. Saya sendiri terkejut setelah beberapa hari sakot lutut tidak beransur pulih,kononnya masuk angin. Lastly saya ke klinik dan buat test Uric Acid. Okay memang gelak, disahkan ada gout dengan bacaan 334. Haha. Siap doktor pun ketawa. Well, gout bukan kira muda pun bila makanan protein tidak diproses dengan baik dalam badan.
*aa.. Ni original ubat-ubat doktor bagi suruh makan. Ada painkiller,anti elergik,kurangkan bengkak,dan lawas kencing.**
Menurut doktor, gout berlaku akibat tubuh gagal
memproses protein. Makanan berprotin tinggi seperti
ikan, udang, daging, telur, kacang dan lain-lain tidak
boleh dimakan oleh pengidap gout. Protin dalam
makanan seperti ini akan diproses menjadi asid urik
dan seterusnya dipecahkan menjadi air dan urea. Asid
urik adalah berbentuk separa pejal. Kegagalan tubuh
memecahkan asid urik kepada urea membuatkan asid
separa pejal berkumpul pada celahan tulang dan
akhirnya membentuk ketulan kristal batu gout. Kristal
batu gout ini boleh juga terbentuk pada celahan buah
pinggang dan pundi kencing membentuk batu karang .
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan
tersangat sakit apabila gout menyerang.
Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali
semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa
sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu
menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-
kurangnya satu hingga dua minggu untuk reda jika
tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu
atau bulan. Gout boleh menyerang sendi-sendi lain
seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Fruktosa dan gout
Bukan faktor pemakanan protin sahaja menjadi punca
kepada masalah gout. Ini kerana ramai antara
pengidap gout meskipun berpantang makan tetap
juga mendapat serangan.
Selain protin, pengambilan minuman beralkohol,
minuman bergula tinggi dan makanan proses yang
menggunakan pemanis sirap jagung berfruktosa
tinggi (HFCS), adalah antara penyebab utama gout.
Pada tahun 1960-an sirap jagung mula diekstrak di
Amerika. Ia di promosi sebagai gula yang lebih sihat
dan lebih manis berbanding gula biasa. Tetapi saintis
berjaya membuktikan bahawa sirap jagung adalah
punca kepada pelbagai jenis penyakit.
Terdapat peningkatan ketara insiden penyakit gout ini
sejak beberapa dekad lalu terutama di negara-negara
maju seperti Amerika Syarikat sejak peningkatan
penggunaan minuman berkarbonat, minuman jus dan
minuman bergula terutamanya sirap jagung
berfruktosa tinggi.
Fruktosa berlebihan juga menyebabkan peningkatan
paras asid urik yang menjadi punca kepada masalah
sakit sendi gout. Fruktosa akan mengganggu enzim
xanthine oxidase dalam hati yang menyebabkan
berlaku peningkatan paras asid urik dalam darah yang
akan menyebabkan masalah sakit sendi gout.
Fruktosa juga tidak dapat dipecahkan kepada tenaga
dan diproses sebagai urik asid. Selain itu ia juga
mengganggu hormon dopamine dalam otak hingga
menimbulkan rasa ketagihan kepada fruktosa
berlaku. Fruktosa juga menyebabkan masalah
rintangan insulin dan meningkatkan paras insulin
dalam darah dan ini punca terjadinya sindrom
metabolik dan menyumbang kepada kencing manis.
Pantang & Tips Penjagaan Pemakanan bagi penderita Gout :
Nasihat perubatan yang konvensional untuk penyakit
gout biasanya memfokuskan kepada ‘pantang’
makanan berprotin seperti daging, udang, sotong,
-Kekacang dan sebagainya tanpa nasihat supaya
mengawal minuman bergula, buah-buahan manis
serta jus yang mempunyai kandungan fruktosa tinggi.
Fruktosa ialah satu-satunya jenis karbohidrat yang
boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah.
-Pencegahan
1)Rehatkan sendi semasa serangan gout.
2)Ubat-ubatan anti radang berkesan untuk mengurangkan
sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh
mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika
digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan
sampingan jarang berlaku.
Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil.
Walaupun amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya,
muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh
diambil melalui preskripsi doktor) selain steroid
(Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui
preskripsi doktor)
Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang
radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa
yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-
ubatan yang lain. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh
diambil berpanjangan.
3)Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika
rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
4)Menjaga berat badan - adalah penting kerana kegemukan
boleh mengganggu keupayaan badan untuk
mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
5)Elakkan mengambil minuman keras serta elakkan
pengambilan makanan yang mengandungi purin yang
tinggi.
Sesetengah daging binatang, makanan laut dan kekacang
mengandungi purin iaitu sejenis protein yang tinggi.
6)Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik
normal, iaitu dengan amalan bersenam dan banyak
minum air.
7)Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap
penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.
8)Hentikan pengambilan makanan dan minuman
mengandungi fruktosa atau pemanis sirap jagung kerana
ia adalah antara agen perosak hormon yang merbahaya.
Oleh kerana kewujudan pemanis ini adalah secara
tersorok dalam makanan pastikan anda membaca label
terlebih dahulu sebelum membeli.
Kesan kerosakan hormon pada tubuh manusia hanya
boleh di kesan setelah munculnya penyakit berkenaan.
Penyakit yang berlaku mungkin mengambil masa
bertahun-tahun untuk muncul namun kesan penyakit
sangat merbahaya dan mungkin mengancam nyawa.

No comments:
Post a Comment