Ramai yang bergelar ibu masih kekosongan "ilmu" tentang kepentingan penyusuan si comel dari lahir hingga 6 bulan (secara ekslusif) atau boleh dilanjutkan hingga 2 tahun !
Terutamanya yang baru bergelar ibu(cahaya mata pertama) dan yang bekerjaya.
Ada segelintir kaum ibu fikir "alamak, susu tak keluar-keluar, manada susu ni untuk baby nyusu?" inilah selalu dipertikaikan selepas beberapa jam bersalin dan beberapa hari selepas bersalin. Mula la si ibu dengan berfikiran PANTAS memberi bayi mereka dengan susu formula!
Hakikatnya... sian si comel. Sebab itu lah satusatunya pemakanan mereka yang pertama selepas mereka dilahirkan ;iaitu susu ibu !
Jom ikuti entri menarik BAKAL IBU atau IBU YANG PERNAH FAILED untuk penyusuan bayi anda :-
cewahh, baby pun pandai "thumbs up" tauu hehe
KENAPA SUSU IBU ADALAH SUSU TERBAIK?
- Mengandungi kesemua zat yang lengkap dalam kadar yang betul.
- Pelbagai keistimewaan yang ditemui dalam susu ibu hingga kini.
- Susu ibu dengan semulajadinya mengandungi lemak bijak untuk si manja.
- Sepanjang bayi baru lahir membesar,saraf-sarafnya dilindungi dengan sejenis bahan dikenali sebagai myelin yang membantu saraf memindahkan mesej kepada saraf yang lain di seluruh otak dan tubuh. Bagi membina myelin yang berkualiti tinggi,tubuh memerukan sesetengah jenis asid lemak-linoleic dan linolenic yang boleh dijumpai dalam amaun yang banyak di dalam susu ibu. Ia cukup sempurna!
- Kaya dengan hormon dan enzim.
- Membantu dalam faktor pertumbuhan,kematangan sistem imun bayi, bahan mencegah penyakit,asid amino,mineral,zat besi,taurina yang perlu untuk perkembangan otak.
- Kandungan IgA,IgG,IgM,IgD,Lipids dan banyak lagi.
- Susu ibu juga berubah-ubah dan ia hidup!
- kajian dibawah mikroskop:- Susu ibu kaya dengan sel darah putih yang membantu melawan sebarang jangkitan dan juga mengandungi fat globules untuk perkembangan mata dan otak.
KAJIAN MENUNJUKKAN :-
- Sebanyak 20% bayi yang berumur 28 hari hingga 1 tahun berisiko rendah tidak mengalami kematian bagi bayi yang menyusu ibu sepenuhnya.
- Mengurangkan kadar risiko bayi mendapat risiko pada usia kanak-kanak.
- Mengelakkan bayi daripada elergik.
- Meningkatkan perkembangan kognitif (otak & kecerdikkan)
- Membantu mengurangkan risiko kegemukkan/obesiti kanak-kanak.
Manfaat untuk si ibu pula...
- Membantu ibu mengurangkan kemurungan selepas bersalin.
- Membantu mengecutkan rahim dimana ia juga akan mengurangkan pendarahan anda selepas bersalin.
- Melindungi si ibu daripada risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- Membantu ibu mengembalikan bentuk badan serta membakar lemak dan kalori kerana proses penyusuan untuk si bayi.
Breastmilk vs Formula
BETUL TAK?
Dengan konsep "demand & supply"
anda mampu memberi susu yang dianugerahkan
oleh Allah selama mungkin.
Sekiranya ibu mengalami masalah penyusuan:-
SUSU IBU KURANG
IBU BEKERJAYA
CARA PAM SUSU
CARA PENYIPANAN SUSU
PEMAKANAN MENGALAKKAN SUSU
SUPLEMEN MENINGKATKAN SUSU IBU
dan banyakkk lagi.
Sila dapatkan konsultansi & pertanyaan tanpa segan silu :)
WhatsApp/SMS/Wechat :
014-654747
Ms. Selena Sam
No comments:
Post a Comment